Cara Daftar Lesen CIDB

Pengenalan

Cara daftar lesen CIDB online dengan mudah adalah melalui LesenKontraktor. Lesen CIDB atau lebih dikenali sebagai lesen kontraktor adalah akuan berdaftar yang hanya dikeluarkan oleh CIDB kepada syarikat yang ingin menjadi kontraktor di Malaysia. Lesen CIDB terdiri daripada 3 sijil. Antaranya adalah Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB). Kontraktor hanya dibenarkan menjalankan kerja-kerja pembinaan selepas lesen CIDB anda telah diluluskan dan sekiranya anda menjalankan kerja-kerja pembinaan tanpa kelulusan CIDB, syarikat anda boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Sebelum berdaftar sebagai kontraktor, anda perlu mengetahui syarat-syarat dan kelayakan yang boleh dimohon seperti yang telah ditetapkan oleh pihak CIDB antaranya adalah modal berbayar yang anda miliki. Modal berbayar ini akan menentukan gred-gred yang boleh dipohon. Anda boleh rujuk artikel ini berkenaan dengan cara daftar lesen CIDB online secara mudah dan cepat.

Cara Daftar Lesen CIDB

Langkah 1 : Layari LesenKontraktor

Layari laman web LesenKontraktor. Laman akan memaparkan seperti berikut dan klik pada butang “Mohon Sekarang“.

Cara Daftar Lesen CIDB, Cara Daftar Lesen CIDB

Langkah 2 : Pilih Jenis Permohonan

Kemudian, pilih jenis permohonan. Untuk kontraktor yang baru ingin mendaftarkan syarikat dengan CIDB, klik pada butang “Pendaftaran Baharu” dan “Mohon Sekarang“.

Cara Daftar Lesen CIDB, Cara Daftar Lesen CIDB

Langkah 3 : Isi borang permohonan

Seterusnya, anda perlu mengisi semua maklumat pada borang permohonan dengan tepat supaya pihak kami boleh menghubungi anda untuk membantu anda ke proses yang seterusnya. Selepas isi maklumat, sila pastikan anda klik pada butang “Saya Bersetuju Dengan Terma & Syarat” dan  “Hantar Permohonan”. Pihak LesenKontraktor akan menghubungi anda dalam masa 24 jam bagi mendapatkan dokumen sokongan yang diperlukan untuk pendaftaran lesen CIDB syarikat anda.

Cara Daftar Lesen CIDB, Cara Daftar Lesen CIDB
Cara Daftar Lesen CIDB, Cara Daftar Lesen CIDB

Rumusan Cara Daftar Lesen CIDB

Mudah bukan? Hanya dengan 3 langkah anda boleh menjadi kontraktor berdaftar dengan CIDB. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi pihak kami pada talian 0183734800. Pihak kami akan membantu anda untuk uruskan pendaftaran lesen CIDB syarikat anda. Urusan cepat dan mudah hanya di LesenKontraktor atau anda boleh WhatsApp kami untuk respon yang lebih pantas.

Sekian, terima kasih.

Kongsi artikel ini

Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

how-to-apply-cidb-license

How To Apply CIDB License

Introduction Effective on 20 July 1995, all local or foreign contractors company must register with Construction Industry Development Board (CIDB) under Section 25 of Act

Read More »
siapa-cidb-malaysia

CIDB Malaysia

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau lebih dikenali sebagai CIDB Malaysia merupakan satu badan kerajaan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia. CIDB

Read More »
× Whatsapp Kami