Anda seorang kontraktor? Tetapi belum mendaftar sebagai kontraktor CIDB yang sah? Nak tahu kenapa perlu daftar sebagai kontraktor CIDB? Jom, Lesen Kontraktor terangkan dengan lebih lanjut kenapa anda perlu daftar dengan CIDB.
Kenapa Perlu Daftar Lesen CIDB
Tahukah anda bermula pada 20 Julai 1995, semua kontraktor wajib untuk berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB. Tiada seorang pun yang boleh mengakujanji untuk menjalankan dan menyiapkan apa-apa kerja pembinaan. Sekiranya anda ingin menjalankan apa-apa kerja pembinaan, anda perlulah berdaftar dan memiliki perakuan pendaftaran yang sah.
Mana-mana kontraktor yang gagal mendaftar boleh dikenakan denda oleh CIDB. Denda yang dikenakan adalah tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi satu ratus ribu ringgit di bawah Seksyen 29.
Sekiranya CIDB mendapati anda melanggar, CIDB akan memberikan notis bertulis kepada kontraktor. Iaitu untuk memberhentikan daripada memulakan atau meneruskan kerja pembinaan sekiranya CIDB mendapati kerja-kerja pembinaan dijalankan oleh kontraktor yang tidak berdaftar.
Kontraktor yang tidak mematuhi notis yang dikemukan oleh CIDB juga boleh dikenakan denda. Kontraktor boleh dikenakan dengan tidak melebihi lima riibu ringgit dan sekiranya berterusan, boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.
Rumusan
Kesimpulannya, semua kontraktor yang melakukan kerja-kerja berkaitan permbinaan, penyambungan, pemasangan, pembaikan, penyenggaraan, pembaharuan, pemindahan, pengubahsuaian, perombakan atau perobohan samaada dalam bidang mekanikal, elektrik, perpaipan, pembentungan dan lain-lain yang berkaitan dengan pembinaan perlulah berdaftar sebagai kontraktor CIDB yang sah. Ini kerana, sekiranya anda tidak mempunyai perakuan pendaftaran yang sah, syarikat anda boleh dikenakan denda dan kerja-kerja pembinaan juga terpaksa ditangguhkan atau diberhentikan. Mohon lesen kontraktor CIDB syarikat anda dengan iBINA sekarang!
Anda nak dapatkan khidmat nasihat untuk daftar sebagai kontraktor CIDB yang sah? WhatsApp kami sekarang untuk maklumat lanjut!