Pengenalan
Lesen CIDB G7 adalah lesen atau sijil bagi kontraktor yang ingin menjalankan kerja-kerja pembinaan dan wajib memiliki syarikat atau perniagaan. Modal yang diperlukan untuk memohon lesen CIDB gred G7 adalah RM750,000 atau lebih. Bagi kontraktor yang ingin terlibat dengan projek kerajaan dan memohon SPKK (Sijil Perolehan Kerja Kerajaan), tiada had nilai projek dikenakan.
Berkuatkuasa mulai 20 Julai 1995, adalah mandatori untuk semua kontraktor samada tempatan atau asing untuk berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB dibawah Seksyen 25 Akta 520 (Pindaan 2011) sebelum mengakujanji dan menyempurnakan apa-apa kerja pembinaan di Malaysia kecuali mereka yang diberi pengecualian di bawah Seksyen 40(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520). Berikut adalah contoh sijil kontraktor CIDB G7.
Cara Daftar Lesen CIDB G7
Langkah 1 : Layari LesenKontraktor.com.my
Anda perlu layari laman web LesenKontraktor. Laman akan memaparkan seperti berikut dan klik pada butang “Mohon Sekarang“
Langkah 2 : Pilih Jenis Permohonan
Kemudian, pilih jenis permohonan. Untuk kontraktor yang baru ingin mendaftarkan syarikat dengan CIDB, klik pada butang “Pendaftaran Baharu” dan “Mohon Sekarang“
Langkah 3 : Isi borang permohonan
Seterusnya, anda perlu mengisi semua maklumat pada borang permohonan dengan tepat supaya pihak kami boleh menghubungi anda untuk membantu anda ke proses yang seterusnya. Selepas isi maklumat, sila pastikan anda klik pada butang “Saya Bersetuju Dengan Terma & Syarat” dan “Hantar Permohonan”. Pihak LesenKontraktor akan menghubungi anda dalam masa 24 jam bagi mendapatkan dokumen sokongan yang diperlukan untuk pendaftaran lesen CIDB syarikat anda.
Rumusan Cara Daftar Lesen CIDB
Mudah bukan? Hanya dengan 3 langkah anda boleh menjadi kontraktor berdaftar dengan CIDB. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi pihak kami pada talian 0183734800. Pihak kami akan membantu anda untuk uruskan pendaftaran lesen CIDB syarikat anda. Urusan cepat dan mudah hanya di LesenKontraktor atau anda boleh whatsapp kami untuk respon yang lebih pantas.
Sekian, terima kasih.